Saturday, November 1, 2014

PULUT KUNING BERHIAS-UNTUK HANTARAN / MAJLIS POTONG PULUT




Pulut Kuning. Satu nama yang tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu. Makanan tradisi yang disajikan di majlis2 keraian seperti kenduri kendara dan sebagainya. Pulut kuning berhias, satu lagi produk yang kami hasilkan khas buat anda pelanggan-pelanggan YMY Chocolicious & Crafts. 

Pulut Kuning yang dilapisi dengan serunding ( pilihan ayam atau daging ) ini dihiasi dengan ukiran sayur-sayuran, telur puyuh & telur ayam. Bagi menaikkan seri dan agar pulut kuning berhias ini tidak menampakkan sangat design retronya, kami telah 'memodenkan' hiasannya dengan penambahan buah strawberry sebagai penyeri kepada hiasan pulut kuning ini.

Terdapat beberapa 'design' pada pulut kuning berhias kami ini. Ianya terdiri daripada bentuk bulat, petal & 4 segi. Kami datangkan dalam variasi setingkat ( yg sesuai dijadikan hantaran ) , 2 tingkat & 3 tingkat. Untuk pulut kuning yang bertingkat ini sesuai untuk majlis potong pulut kuning bagi menggantikan tradisi memotong kek di majlis-majlis perkahwinan.

Harga yang kami tawarkan utk pulut kuning berhias ini adalah seperti berikut:

Setingkat  (bentuk bulat/petal ) : RM120
Setingkat (bentuk 4 segi) :         RM150

2 tingkat (bentuk bulat/petal ; 4.5 kg ) : RM340
2 tingkat ( bentuk 4 segi 5kg ) : RM390

3 tingkat  (bentuk bulat/petal ; 6kg ) : RM440
2 tingkat ( bentuk 4 segi 6.5kg ) : RM490

Pulut dalam cup : RM4.50/cup


Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran/memasang untuk pulut kuning bertingkat tetapi terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja di sekitar Lembah Kelang. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran utk Pulut Kuning hantaran (setingkat), anda boleh mengambilnya sendiri di tempat kami di Kelana Jaya, PJ (berdekatan Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall) .


Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pulut kuning berhias ini, anda boleh lah menghubungi kami di talian 012-271 7622 (Call, SMS/WhatsApp/Telegram) atau melalui email ymyonlinegallery@gmail.com








KELAS SEPANJANG NOVEMBER, 2014



KELAS PUDING HANTARAN
 (Kami juga menerima tempahan untuk puding ini)

Tarikh: 8 November , 2014 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi hingga selesai
Lokasi : Kelana Jaya, PJ (berdekatan Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall)
Yuran : RM200 (termasuk acuan utk bunga)- Deposit RM100
Call/SMS/WhatsApp/Telegram ke talian 012-271 7622 untuk 'booking seat' anda.


** Peserta akan membuat sebiji puding beserta hiasan. Segala hasil yg dibuat dlm kelas akan dibawa pulang oleh peserta. Ruang solat & makan tengahari akan disediakan...


******************************************************


[ KELAS TART NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN ]
 (Kami juga menerima tempahan hantaran/doorgift utk produk ini)

Tarikh : 9, 22 & 29hb November, 2014 (pilih satu tarikh)
Masa : 2.00 ptg hingga selesai
Yuran : RM180 (Deposit RM80)
Lokasi : Kelana Jaya, PJ (Berdekatan dgn Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall).

PM Inbox, Call,SMS/WhatsApp/Telegram ke talian 012-271 7622 utk mendaftar.

Pelajari teknik membancuh doh & membentuk 7 jenis buah2an secara 'fully hands-on' . Peserta akan membuat & membawa pulang sekotak (35 pcs) tart bentuk buah2an yg dihasilkan di dlm kelas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 Reserved to YMY Chocolicious and Crafts
Design by Ccicute Design