Friday, November 14, 2014

YEAR END SALE !! PROMOSI DOORGIFT COKLAT


Cuti sekolah kembali lagi. Maka ramailah yang akan melangsungkan majlis perkahwinan mahupun pertunangan serta majlis2 cukur jambul, majlis hari jadi, majlis berkhatan yang memerlukan doorgift sebagai meraikan tetamu yang berkunjung. Masih belum terlambat utk anda di luar sana membuat tempahan doorgift untuk majlis-majlis yang akan anda adakan tidak lama lagi. 

Kami di YMY Chocolicious & Crafts mengadakan promosi doorgift coklat buat penggemar-penggemar coklat di luar sana yang ingin menjadikan coklat sebagai doorgift utk diberikan kepada tetamu yang hadir. 

Kali ini kami ingin memberikan harga runtuh untuk doorgift pilihan yang laris sepanjang zaman iaitu Oreo Cookies Chocolate dalam pelbagai corak/'design' seperti yang kami paparkan di bawah ini.

OREO COOKIES CHOCOLATE-LOT OF LOVE

OREO COOKIES CHOCOLATE-LADYBUG

OREO COOKIES CHOCOLATE-DAISY

OREO COOKIES CHOCOLATE-BRIDE & GROOM


OREO COOKIES CHOCOLATE antara produk terlaris kami tanpa mengira musim. Coklat-coklat comel ini sesuai dijadikan doorgift utk sebarang majlis. Perkahwinan, pertunangan, cukur jambul, majlis berkhatan dan lain2 lagi. Ianya diperbuat dengan campuran coklat susu & coklat gelap yg berkualiti tinggi dan diisikan dengan cookies Oreo di dalamnya. Warna pada design coklat tersebut boleh dibuat mengikut permintaan pelanggan.

Harga?? Sesungguhnya produk-produk keluaran kami masih  di tahap harga mampu milik. Kami menawarkan harga Oreo Cookies Chocolate ini dengan harga biasa RM2.50 sebiji. Kini, sempena 'YEAR END SALE' kami menawarkannya dengan harga yang cukup istimewa iaitu RM1.90 sahaja dengan minimum order 50 biji. 

Bagi yang berada di luar kawasan Lembah Kelang, kami menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui kurier servis. Jadi, anda yang berada di luar kawasan liputan masih blh membuat tempahan kerana produk kami ini boleh dipos dengan kos pos yang minima mengikut kuantiti/berat tempahan anda. Bagi yang berada di sekitar Lembah Kelang, anda boleh mengambil sendiri tempahan di lokasi kami di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Untuk tempahan yang melebihi 500 unit, kami sediakan perkhidmatan penghantaran dengan kos yang minima untuk kawasan-kawasan terpilih. 

Jadi, tunggu apa lagi, tempahlah doorgift anda sekarang pada harga runtuh mampu milik ini untuk majlis2 anda. Promosi ini berakhir pada 31 Disember, 2014.. Hubungi kami di talian 012-271 7622 ( Call, SMS/WhatsApp/Telegram) atau email ke ymyonlinegallery@gmail.com 


Sunday, November 2, 2014

Cinta Strawberry Abadi & Kek Tema FROZEN

Si Cilik Cinta Strawberry Abadi.. anak kepada jutawan internet terkenal Sifu Irfan Khairi






Surprise from my Master Sifu, memperkenalkan keluarga beliau semasa menghantar kek ini di office beliau di Mutiara Damansara. Gambar isteri beliau tak upload atas dasar menghormati 'privasi' . 



Demam FROZEN menjadi-jadi betul ye.. sehinggakan wall/news feed FB & Instagram dipenuhi gambar2 kek bertemakan FROZEN. Cantik..  kerana saya sukakan warna biru ;) , lembut je... damai & tenang bila melihat warna biru. 

Entry kali ini saya nak bercerita keterujaan saya membuat kek bertemakan FROZEN. Alkisahnya, anak kepada my sifu, jutawan internet terkenal Irfan Khairi, minat sgt2 dengan FROZEN. Anak bongsu beliau Cinta Strawberry Abadi (unik kan nama anak kecil ini ;) )  peminat tegar FROZEN.. segala2nya FROZEN sehingga ke sandal pun gambar FROZEN.. kiut jek si comel ni.. 

Saya buat surprise dengan menghadiahkan si cilik comel ini dengan membuat Moist Chocolate Cake dengan fresh cream frosting dan deco tema FROZEN. Saya enjoy buat kek ni, sebab sukakan warnanya & toys yg comel2 tu. Berat kek ini dlm 2.5kg.. saya layerkan dengan chocolate ganache & frosting sepenuhnya dgn fresh cream...

Melalui feedback yg saya dapat dari my sifu Irfan Khairi, Cinta suka sgt2 kek ni lebih-lebih lagi dgn Olaf tu... picture 1 di mana Cinta memegang Olaf diambil oleh Sifu IK dan beliau memberikan picture itu kepada saya melalui Inbox FB.. TQ IK for the compliment... terharu sgt2... dan picture tersebut kata beliau diambil ketika mereka sekeluarga pergi ke Ikano selepas saya pulang dari menghantar kek tersebut.

OK.... saya sebenarnya tak pandai sangat nak menulis ni.. tapi kena belajar jugak menulis sebab ajaran sifu IK berblogging itu penting utk menjana income online ;) jadi pada sesiapa yang berminat utk membuat tempahan kek seperti ini boleh lah hubungi kami. Tak semestinya tema FROZEN, tema apa2 pun blh, utk majlis apa jua pun blh... Hubungi saja kami di talian 012-271 7622 (Call, SMS/WhatsApp/Telegram) atau email pun boleh jugak di ymyonlinegallery@gmail.com . Oh ya, lokasi kami di Kelana Jaya, Petaling Jaya.. berdekatan dengan Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall.

Kami tak buat delivery ye, anda kena pick up sendiri ;) 

Saturday, November 1, 2014

PULUT KUNING BERHIAS-UNTUK HANTARAN / MAJLIS POTONG PULUT




Pulut Kuning. Satu nama yang tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu. Makanan tradisi yang disajikan di majlis2 keraian seperti kenduri kendara dan sebagainya. Pulut kuning berhias, satu lagi produk yang kami hasilkan khas buat anda pelanggan-pelanggan YMY Chocolicious & Crafts. 

Pulut Kuning yang dilapisi dengan serunding ( pilihan ayam atau daging ) ini dihiasi dengan ukiran sayur-sayuran, telur puyuh & telur ayam. Bagi menaikkan seri dan agar pulut kuning berhias ini tidak menampakkan sangat design retronya, kami telah 'memodenkan' hiasannya dengan penambahan buah strawberry sebagai penyeri kepada hiasan pulut kuning ini.

Terdapat beberapa 'design' pada pulut kuning berhias kami ini. Ianya terdiri daripada bentuk bulat, petal & 4 segi. Kami datangkan dalam variasi setingkat ( yg sesuai dijadikan hantaran ) , 2 tingkat & 3 tingkat. Untuk pulut kuning yang bertingkat ini sesuai untuk majlis potong pulut kuning bagi menggantikan tradisi memotong kek di majlis-majlis perkahwinan.

Harga yang kami tawarkan utk pulut kuning berhias ini adalah seperti berikut:

Setingkat  (bentuk bulat/petal ) : RM120
Setingkat (bentuk 4 segi) :         RM150

2 tingkat (bentuk bulat/petal ; 4.5 kg ) : RM340
2 tingkat ( bentuk 4 segi 5kg ) : RM390

3 tingkat  (bentuk bulat/petal ; 6kg ) : RM440
2 tingkat ( bentuk 4 segi 6.5kg ) : RM490

Pulut dalam cup : RM4.50/cup


Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran/memasang untuk pulut kuning bertingkat tetapi terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja di sekitar Lembah Kelang. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran utk Pulut Kuning hantaran (setingkat), anda boleh mengambilnya sendiri di tempat kami di Kelana Jaya, PJ (berdekatan Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall) .


Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pulut kuning berhias ini, anda boleh lah menghubungi kami di talian 012-271 7622 (Call, SMS/WhatsApp/Telegram) atau melalui email ymyonlinegallery@gmail.com








KELAS SEPANJANG NOVEMBER, 2014



KELAS PUDING HANTARAN
 (Kami juga menerima tempahan untuk puding ini)

Tarikh: 8 November , 2014 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi hingga selesai
Lokasi : Kelana Jaya, PJ (berdekatan Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall)
Yuran : RM200 (termasuk acuan utk bunga)- Deposit RM100
Call/SMS/WhatsApp/Telegram ke talian 012-271 7622 untuk 'booking seat' anda.


** Peserta akan membuat sebiji puding beserta hiasan. Segala hasil yg dibuat dlm kelas akan dibawa pulang oleh peserta. Ruang solat & makan tengahari akan disediakan...


******************************************************


[ KELAS TART NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN ]
 (Kami juga menerima tempahan hantaran/doorgift utk produk ini)

Tarikh : 9, 22 & 29hb November, 2014 (pilih satu tarikh)
Masa : 2.00 ptg hingga selesai
Yuran : RM180 (Deposit RM80)
Lokasi : Kelana Jaya, PJ (Berdekatan dgn Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall).

PM Inbox, Call,SMS/WhatsApp/Telegram ke talian 012-271 7622 utk mendaftar.

Pelajari teknik membancuh doh & membentuk 7 jenis buah2an secara 'fully hands-on' . Peserta akan membuat & membawa pulang sekotak (35 pcs) tart bentuk buah2an yg dihasilkan di dlm kelas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 Reserved to YMY Chocolicious and Crafts
Design by Ccicute Design