Sunday, November 2, 2014

Cinta Strawberry Abadi & Kek Tema FROZEN

Si Cilik Cinta Strawberry Abadi.. anak kepada jutawan internet terkenal Sifu Irfan Khairi






Surprise from my Master Sifu, memperkenalkan keluarga beliau semasa menghantar kek ini di office beliau di Mutiara Damansara. Gambar isteri beliau tak upload atas dasar menghormati 'privasi' . 



Demam FROZEN menjadi-jadi betul ye.. sehinggakan wall/news feed FB & Instagram dipenuhi gambar2 kek bertemakan FROZEN. Cantik..  kerana saya sukakan warna biru ;) , lembut je... damai & tenang bila melihat warna biru. 

Entry kali ini saya nak bercerita keterujaan saya membuat kek bertemakan FROZEN. Alkisahnya, anak kepada my sifu, jutawan internet terkenal Irfan Khairi, minat sgt2 dengan FROZEN. Anak bongsu beliau Cinta Strawberry Abadi (unik kan nama anak kecil ini ;) )  peminat tegar FROZEN.. segala2nya FROZEN sehingga ke sandal pun gambar FROZEN.. kiut jek si comel ni.. 

Saya buat surprise dengan menghadiahkan si cilik comel ini dengan membuat Moist Chocolate Cake dengan fresh cream frosting dan deco tema FROZEN. Saya enjoy buat kek ni, sebab sukakan warnanya & toys yg comel2 tu. Berat kek ini dlm 2.5kg.. saya layerkan dengan chocolate ganache & frosting sepenuhnya dgn fresh cream...

Melalui feedback yg saya dapat dari my sifu Irfan Khairi, Cinta suka sgt2 kek ni lebih-lebih lagi dgn Olaf tu... picture 1 di mana Cinta memegang Olaf diambil oleh Sifu IK dan beliau memberikan picture itu kepada saya melalui Inbox FB.. TQ IK for the compliment... terharu sgt2... dan picture tersebut kata beliau diambil ketika mereka sekeluarga pergi ke Ikano selepas saya pulang dari menghantar kek tersebut.

OK.... saya sebenarnya tak pandai sangat nak menulis ni.. tapi kena belajar jugak menulis sebab ajaran sifu IK berblogging itu penting utk menjana income online ;) jadi pada sesiapa yang berminat utk membuat tempahan kek seperti ini boleh lah hubungi kami. Tak semestinya tema FROZEN, tema apa2 pun blh, utk majlis apa jua pun blh... Hubungi saja kami di talian 012-271 7622 (Call, SMS/WhatsApp/Telegram) atau email pun boleh jugak di ymyonlinegallery@gmail.com . Oh ya, lokasi kami di Kelana Jaya, Petaling Jaya.. berdekatan dengan Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall.

Kami tak buat delivery ye, anda kena pick up sendiri ;) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 Reserved to YMY Chocolicious and Crafts
Design by Ccicute Design