Wednesday, June 24, 2015

Resepi Cheezy Tart / Tart Nanas Berkeju





Alhamdulillah, buat kesekian kalinya kami diberi peluang utk muncul dlm Harian Metro berkongsi resepi dengan pembaca-pembaca sekalian.. Bagi yang terlepas peluang utk memiliki Harian Metro hari ini (24 June, 2015), saya berikan resepi penuhnya di sini.

Resepi Cheezy Tart atau Tart Nanas Berkeju ini amat mudah utk dibuat & sedap sangat2 dgn rasa lemak keju & kerangupan keju cheddar yg ditaburkan diatasnya... Ini resepinya ya, selamat mencuba.. sila lah share dengan rakan2 anda yang lain 


1        Cheezy Tart Nanas

125 gram mentega
25 gram minyak sapi
25 gram parmesan cheese
20 gram gula aising
30 gram susu tepung
20 gram tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

210 gram tepung gandum
Jem nanas secukupnya
Cheddar Cheese parut utk hiasan



  1. Satukan semua bahan  ke dalam mangkuk kecuali tepung gaul rata (tak perlu kembang)
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tangan
  3. Bulat-bulatkan doh anggaran 10 gram, isikan jem nenas (anggaran 5 gram) & masukkan ke dalam papercup
  4. Taburkan cheddar cheese yg telah diparut ke atas doh yg telah siap dibulat2kan
  5. Bakar pada suhu 170-180 darjah celcius (ikut suhu oven masing-masing) selama 15 minit 
       Tips : Suhu oven & masa pembakaran bergantung kepada oven masing-masing ye 

       Selamat Mencuba !!!! 










TEMPAHAN COOKIES RAYA

Amat-amat sibuk utk meng'update' blog... tak sempat nak post update baru. Kalau berminat nak tempah biskut2/kek2 hari raya boleh terus tengok our FB Page YMY Chocolicious & Crafts or my personal FB Yusnisah Mohd Yusar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 Reserved to YMY Chocolicious and Crafts
Design by Ccicute Design