Showing posts with label TART NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN DAN BAKUL PASTRY. Show all posts
Showing posts with label TART NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN DAN BAKUL PASTRY. Show all posts

Thursday, August 20, 2015

HANTARAN & DOORGIFT TART NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN

Apa khabar kepada pembaca & visitor blog ini.... Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya . Mungkin menjumpai blog ini melalui Google Search atau mungkin juga singgah dari my FB Page atau mungkin juga salah seorang follower/pelanggan saya. Walau dari mana sekalipun anda mengetahui kewujudan blog saya ini, terima kasih diucapkan kerana sudi singgah :) 

Kalau entry yg lepas, saya berkongsi maklumat tentang Set Hantaran Bakul Pastry DI SINI , entry kali ini saya ingin berkongsi pula mengenai satu lagi KILLER PRODUCT kami sejak 2012 yg lalu... Iaitu Tart Nenas Bentuk Buah-buahan. 



Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini sesuai untuk dijadikan Hantaran Perkahwinan mahupun Hantaran Pertunangan. Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ni memang sentiasa PANAS, sentiasa ada order setiap minggu, Alhamdulillah... Bila tiba musim perkahwinan, lagi lah rancak production utk tart nenas unik & comel ini.

Okey, tak nak berceloteh panjang lebar sangat, di sini saya ingin menawarkan set Hantaran Tart Nenas Bentuk Buah-buahan kepada anda yang ingin menempahnya utk Hantaran Pertunangan atau Hantaran Perkahwinan. Selain dalam set Bakul Pastry yang saya kongsikan dlm entry yang lalu , kami juga menawarkan di dalam kotak hadiah 35 pcs.




Inilah alternatif kedua hantaran Tart Nenas Bentuk Buah-buahan yang boleh anda tempah selain di dalam Bakul Pastry tu. Dengan bajet/harga yang lebih minima, tempahan ini juga boleh dipos. Kami menggunakan perkhidmatan kurier servis Gdex untuk mengepos produk-produk kami.

Jika anda berada berdekatan dgn Kelana Jaya, Petaling Jaya & sekitar Lembah Kelang , anda juga boleh mengambil sendiri tempahan yang dibuat direct di premis kami di Kelana Jaya, PJ (berdekatan Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall) . Alamat penuh akan kami berikan setelah tempahan disahkan.

Oleh itu, kepada yang berminat untuk menempah set hantaran Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini, boleh lah menghubungi kami di talian 012-271 7622 (WhatsApp/SMS).

Selain dijadikan hantaran, kami juga menerima tempahan Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini untuk dijadikan doorgift perkahwinan atau apa jua majlis keraian. Insha ALLAH, saya akan berikan maklumat & contoh packaging yang kami tawarkan utk doorgift di dalam entry akan datang ye ;) ... 

Oh ya, sebelum terlupa, kami juga membuka kelas baking kpd anda yang berminat utk mempelajari cara-cara & teknik membuat tart nenas unik & comel ini. Kebiasaannya, kami akan memaklumkan/mengemaskini jadual kelas-kelas baking di FB PAGE kami, termasuk jadual kelas Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini. Jadi kepada yang berminat boleh lah LIKE FB Page kami supaya anda tidak ketinggalan/terlepas dengan tarikh-tarikh kelas baking kami yang akan datang.

Sekian dulu utk kali ini.. Insha ALLAH bersua lagi di entry akan datang.... Jgn lupa hubungi kami ye untuk membuat tempahan :) ..... Wassalam 



Friday, August 14, 2015

Set Hantaran Bakul Pastry & Tart Nenas Bentuk Buah-buahan

Apa khabar semua..... kembali lagi di sini. Mulai dari sekarang, saya akan cuba sedaya upaya untuk memasukkan sekurang-kurangnya 1 entry sehari. Mudah-mudahan perancangan ini dipermudahan olehNYA. Kerana saya akan menghidupkan kembali senario berblogging seperti dulu walaupun dah banyak sangat media sosial terbaru ketika ini. Walaubagaimanapun blogging masih lagi relevan utk saya memasarkan produk-produk saya secara online. 

Ok.. tak nak berceloteh panjang lebar sangat, hari ni saya nak share #killerproduct saya. Produk ini telah mula saya tawarkan kepada pelanggan-pelanggan YMY Chocolicious & Crafts pada pertengahan tahun 2012 & ianya masih lagi mendapat tempat di hati para pelanggan kami. 

Ini dia set Hantaran Bakul Pastry & Tart Nenas Bentuk Buah-buahan. Set Hantaran yang masih mengekalkan ciri-ciri 'ala tradisi' .. Bakul tu kalau sekali pandang nampak macam bakul rotan yg dijual di kedai-kedai kraftangan tu kan... tapi sebenarnya ianya diperbuat daripada adunan doh pastry. Dan semestinya boleh dimakan ;) ... 






Tart Nenas... siapa yang tidak kenal dengan tart nenas... sejenis cookies yang boleh dikategorikan sebagai cookies/biskut tradisi yang popular sejak berzaman dulu. Seiring dengan peredaran zaman & daya kretiviti terkini, maka terhasillah tart nenas bentuk buah-buahan. Ianya diperbuat daripada adunan tart nenas dan dibentuk dengan kreatif menjadi seperti buah-buahan. Bentuk buah-buahan yang ada antaranya seperti Manggis, Mangga, Strawberry, Epal, Jambu Air, Oren & Labu. 

Berbalik kepada bakul pastry tadi, ketika nak membuat tempahan, ramai yang bertanya kepada saya, 'Boleh makan ke bakul tu...' Jawapannya, 'Boleh...' kerana seperti yg saya jelaskan dari awal tadi, ianya diperbuat daripada adunan doh pastry. Tengok beberapa gambar di bawah ni... inilah antara proses pembuatan bakul pastry ni.



Ini bahagian bakulnya... proses menganyam... 


Ni yang dah siap dianyam sepenuhnya. Nampak berkilat kan? Berkilat sebab telah disapukan dengan kuning telur, kira2nya mcm sapu 'varnish' lah .. hehe ;) 


Haaaa yg ni pulak...apa tu? Sekali pandang mcm tocang rambut plak kan... Yg ni part tangkainya. Tangkai dan body bakul tu dianyam berasingan... 



Begitulah serba sedikit proses nak membuat bakulnya. Selepas siap dianyam dengan sempurna dan teliti, kita akan bakar bakul tu dalam oven dengan suhu yg sederhana antara 140-150 darjah selsius selama lebih kurang 4 jam... Ye, saya ulang... 4 jam :) . Lama kan? Memang lama, ini kerana untuk memastikan bakul/pastry betul2 masak di bahagian luar dan dalamnya.

Satu lagi pertanyaan yang sering diajukan bakal pelanggan kepada saya adalah dari segi ketahanan bakul & tart bentuk buah-buahan ni. Ok, untuk pengetahuan semua, bakul pastry ni , jika kita rasa sayang nak makan.. boleh dijadikan perhiasan & ianya boleh tahan sehingga setahun (bergantung cara penyimpanan) . Kalau bakul ni di simpan di dalam kotak lutsinar atau almari 'display' di rumah kita tu, boleh tahan sehingga setahun. Kalau terdedah macam tu je, mungkin kurang sikit lah, kurang2 pun dalam 6 bulan pun tahan lagi.. tak rosak bakul tu, sebabnya.... kita dah bakar bakul tu selama 4 jam.... jadi anda semua tak perlu risau lah ye.

Untuk tart nenas bentuk buah-buahan pulak... ianya boleh bertahan selama 3 bulan. Simpan elok2 dalam bekas kedap udara, Insha ALLAH tahan sehingga 3 bulan... saya tidak menggunakan sebarang pengawet untuk produk-produk saya. Hanya dengan membakarnya dengan cukup sempurna, sudah cukup untuk membuatkan tart tu tahan sehingga 3 bulan...

Bila bercakap soal harga pula.. saya mengenakan harga yang mampu milik. Bersesuaian dengan kerumitan utk membuat bakul pastry & tart nenas bentuk buah-buahan tersebut. Nampak mudah je nak membuatnya, tapi sebenarnya mengambil masa yang agak lama juga, maklumlah bakul tu perlu dianyam dengan kemas & tart tu pula perlu dibentuk satu persatu secara manual tanpa menggunakan acuan.. ye, saya ulang.. manual..TAK ADA ACUAN ;) ... 

So, kepada yang masih mencari hantaran unik utk majlis pertunangan atau perkahwinan anda, boleh lah tempah set Hantaran Bakul Pastry & Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ni ye... Set ini boleh dipos ke seluruh Malaysia termasuk Brunei & Singapore juga. Kami menggunakan khidmat kurier servis Gdex. Hubungi saya di talian 012-271 7622 (WhatsApp/Telegram/SMS) untuk sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan. 

Bagi pelanggan di sekitar Kelana Jaya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Kuala Lumpur (Lembah Kelang) yg berdekatan, anda boleh ambil sendiri di premis saya di Kelana Jaya... oh ya, saya tak buat sebarang penghantaran/ COD ye .. ;) 

Sehingga bertemu lagi di lain 'entry' .. Wassalam 

#YuMmYlicious
#BakulPastry
#TartNenasBentukBuahBuahan
#HantaranTunangKahwin


Wednesday, October 30, 2013

SET HANTARAN TART NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN - 35 PCS





Kepada pelanggan yang mempunyai bajet yang minima, kami juga menyediakan set hantaran tart nenas bentuk buah-buahan dalam kotak 35 pcs selain Set Bakul Pastry. Selain sesuai untuk dijadikan hantaran, ia juga boleh dihadiahkan pada seseorang atau cenderahati ketika kita berkunjung menziarahi rakan2 atau sanak saudara.


SET BAKUL PASTRY & TART NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN




Set bakul pastry ini didatangkan dengan 50 biji tart nenas bentuk buah-buahan.... Ini adalah produk terlaris kami sepanjang tahun ini. Sangat sesuai & cantik dijadikan hantaran perkahwinan/pertunangan anda. Juga sesuai dijadikan cenderahati VIP. Bakul diperbuat daripada tepung gandum menjadi pastry keras (boleh dimakan) & tahan sehingga setahun jika disimpan elok-elok tanpa terdedah dengan udara & persekitaran. Tart nenas bentuk buah-buahan pula tahan sehingga 3 bulan jika disimpan di dalam bekas kedap udara.

Terdapat 2 bentuk bakul pilihan anda. Bulat atau 4 segi......

SET BAKUL PASTRY & TART NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN




Set bakul pastry ini didatangkan dengan 50 biji tart nenas bentuk buah-buahan.... Ini adalah produk terlaris kami sepanjang tahun ini. Sangat sesuai & cantik dijadikan hantaran perkahwinan/pertunangan anda. Juga sesuai dijadikan cenderahati VIP. Bakul diperbuat daripada tepung gandum menjadi pastry keras (boleh dimakan) & tahan sehingga setahun jika disimpan elok-elok tanpa terdedah dengan udara & persekitaran. Tart nenas bentuk buah-buahan pula tahan sehingga 3 bulan jika disimpan di dalam bekas kedap udara.

Wednesday, October 10, 2012

TART NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN & BAKUL PASTRY

NEW PRODUK FROM YMY Chocolicious & Crafts (002089200-T)
(Juga mengadakan kelas untuk Tart Bentuk Buah-buahan & Bakul Pastry)

BAKUL PASTRY- UNTUK HANTARAN


SET BAKUL PASTRY & 50 PCS TART NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN UNTUK HANTARAN


TART NENAS BENTUK STRAWBERRY BERSALUT COKLAT - DOORGIFT


TART NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN-LOOSE ORDER


TART NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN UNTUK DOORGIFT


SET 35 PCS TART NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN UNTUK HANTARAN



Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:-

HP : 012-2717622 
Email :
ymyonlinegallery@gmail.com
Website :
http://ymychocoliciouscrafts.blogspot.com/
PAGE :  www.facebook.com/YMY.ChocoliciousCrafts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 Reserved to YMY Chocolicious and Crafts
Design by Ccicute Design