Thursday, August 20, 2015

HANTARAN & DOORGIFT TART NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN

Apa khabar kepada pembaca & visitor blog ini.... Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya . Mungkin menjumpai blog ini melalui Google Search atau mungkin juga singgah dari my FB Page atau mungkin juga salah seorang follower/pelanggan saya. Walau dari mana sekalipun anda mengetahui kewujudan blog saya ini, terima kasih diucapkan kerana sudi singgah :) 

Kalau entry yg lepas, saya berkongsi maklumat tentang Set Hantaran Bakul Pastry DI SINI , entry kali ini saya ingin berkongsi pula mengenai satu lagi KILLER PRODUCT kami sejak 2012 yg lalu... Iaitu Tart Nenas Bentuk Buah-buahan. 



Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini sesuai untuk dijadikan Hantaran Perkahwinan mahupun Hantaran Pertunangan. Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ni memang sentiasa PANAS, sentiasa ada order setiap minggu, Alhamdulillah... Bila tiba musim perkahwinan, lagi lah rancak production utk tart nenas unik & comel ini.

Okey, tak nak berceloteh panjang lebar sangat, di sini saya ingin menawarkan set Hantaran Tart Nenas Bentuk Buah-buahan kepada anda yang ingin menempahnya utk Hantaran Pertunangan atau Hantaran Perkahwinan. Selain dalam set Bakul Pastry yang saya kongsikan dlm entry yang lalu , kami juga menawarkan di dalam kotak hadiah 35 pcs.




Inilah alternatif kedua hantaran Tart Nenas Bentuk Buah-buahan yang boleh anda tempah selain di dalam Bakul Pastry tu. Dengan bajet/harga yang lebih minima, tempahan ini juga boleh dipos. Kami menggunakan perkhidmatan kurier servis Gdex untuk mengepos produk-produk kami.

Jika anda berada berdekatan dgn Kelana Jaya, Petaling Jaya & sekitar Lembah Kelang , anda juga boleh mengambil sendiri tempahan yang dibuat direct di premis kami di Kelana Jaya, PJ (berdekatan Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall) . Alamat penuh akan kami berikan setelah tempahan disahkan.

Oleh itu, kepada yang berminat untuk menempah set hantaran Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini, boleh lah menghubungi kami di talian 012-271 7622 (WhatsApp/SMS).

Selain dijadikan hantaran, kami juga menerima tempahan Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini untuk dijadikan doorgift perkahwinan atau apa jua majlis keraian. Insha ALLAH, saya akan berikan maklumat & contoh packaging yang kami tawarkan utk doorgift di dalam entry akan datang ye ;) ... 

Oh ya, sebelum terlupa, kami juga membuka kelas baking kpd anda yang berminat utk mempelajari cara-cara & teknik membuat tart nenas unik & comel ini. Kebiasaannya, kami akan memaklumkan/mengemaskini jadual kelas-kelas baking di FB PAGE kami, termasuk jadual kelas Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini. Jadi kepada yang berminat boleh lah LIKE FB Page kami supaya anda tidak ketinggalan/terlepas dengan tarikh-tarikh kelas baking kami yang akan datang.

Sekian dulu utk kali ini.. Insha ALLAH bersua lagi di entry akan datang.... Jgn lupa hubungi kami ye untuk membuat tempahan :) ..... Wassalam 



Friday, August 14, 2015

Set Hantaran Bakul Pastry & Tart Nenas Bentuk Buah-buahan

Apa khabar semua..... kembali lagi di sini. Mulai dari sekarang, saya akan cuba sedaya upaya untuk memasukkan sekurang-kurangnya 1 entry sehari. Mudah-mudahan perancangan ini dipermudahan olehNYA. Kerana saya akan menghidupkan kembali senario berblogging seperti dulu walaupun dah banyak sangat media sosial terbaru ketika ini. Walaubagaimanapun blogging masih lagi relevan utk saya memasarkan produk-produk saya secara online. 

Ok.. tak nak berceloteh panjang lebar sangat, hari ni saya nak share #killerproduct saya. Produk ini telah mula saya tawarkan kepada pelanggan-pelanggan YMY Chocolicious & Crafts pada pertengahan tahun 2012 & ianya masih lagi mendapat tempat di hati para pelanggan kami. 

Ini dia set Hantaran Bakul Pastry & Tart Nenas Bentuk Buah-buahan. Set Hantaran yang masih mengekalkan ciri-ciri 'ala tradisi' .. Bakul tu kalau sekali pandang nampak macam bakul rotan yg dijual di kedai-kedai kraftangan tu kan... tapi sebenarnya ianya diperbuat daripada adunan doh pastry. Dan semestinya boleh dimakan ;) ... 






Tart Nenas... siapa yang tidak kenal dengan tart nenas... sejenis cookies yang boleh dikategorikan sebagai cookies/biskut tradisi yang popular sejak berzaman dulu. Seiring dengan peredaran zaman & daya kretiviti terkini, maka terhasillah tart nenas bentuk buah-buahan. Ianya diperbuat daripada adunan tart nenas dan dibentuk dengan kreatif menjadi seperti buah-buahan. Bentuk buah-buahan yang ada antaranya seperti Manggis, Mangga, Strawberry, Epal, Jambu Air, Oren & Labu. 

Berbalik kepada bakul pastry tadi, ketika nak membuat tempahan, ramai yang bertanya kepada saya, 'Boleh makan ke bakul tu...' Jawapannya, 'Boleh...' kerana seperti yg saya jelaskan dari awal tadi, ianya diperbuat daripada adunan doh pastry. Tengok beberapa gambar di bawah ni... inilah antara proses pembuatan bakul pastry ni.



Ini bahagian bakulnya... proses menganyam... 


Ni yang dah siap dianyam sepenuhnya. Nampak berkilat kan? Berkilat sebab telah disapukan dengan kuning telur, kira2nya mcm sapu 'varnish' lah .. hehe ;) 


Haaaa yg ni pulak...apa tu? Sekali pandang mcm tocang rambut plak kan... Yg ni part tangkainya. Tangkai dan body bakul tu dianyam berasingan... 



Begitulah serba sedikit proses nak membuat bakulnya. Selepas siap dianyam dengan sempurna dan teliti, kita akan bakar bakul tu dalam oven dengan suhu yg sederhana antara 140-150 darjah selsius selama lebih kurang 4 jam... Ye, saya ulang... 4 jam :) . Lama kan? Memang lama, ini kerana untuk memastikan bakul/pastry betul2 masak di bahagian luar dan dalamnya.

Satu lagi pertanyaan yang sering diajukan bakal pelanggan kepada saya adalah dari segi ketahanan bakul & tart bentuk buah-buahan ni. Ok, untuk pengetahuan semua, bakul pastry ni , jika kita rasa sayang nak makan.. boleh dijadikan perhiasan & ianya boleh tahan sehingga setahun (bergantung cara penyimpanan) . Kalau bakul ni di simpan di dalam kotak lutsinar atau almari 'display' di rumah kita tu, boleh tahan sehingga setahun. Kalau terdedah macam tu je, mungkin kurang sikit lah, kurang2 pun dalam 6 bulan pun tahan lagi.. tak rosak bakul tu, sebabnya.... kita dah bakar bakul tu selama 4 jam.... jadi anda semua tak perlu risau lah ye.

Untuk tart nenas bentuk buah-buahan pulak... ianya boleh bertahan selama 3 bulan. Simpan elok2 dalam bekas kedap udara, Insha ALLAH tahan sehingga 3 bulan... saya tidak menggunakan sebarang pengawet untuk produk-produk saya. Hanya dengan membakarnya dengan cukup sempurna, sudah cukup untuk membuatkan tart tu tahan sehingga 3 bulan...

Bila bercakap soal harga pula.. saya mengenakan harga yang mampu milik. Bersesuaian dengan kerumitan utk membuat bakul pastry & tart nenas bentuk buah-buahan tersebut. Nampak mudah je nak membuatnya, tapi sebenarnya mengambil masa yang agak lama juga, maklumlah bakul tu perlu dianyam dengan kemas & tart tu pula perlu dibentuk satu persatu secara manual tanpa menggunakan acuan.. ye, saya ulang.. manual..TAK ADA ACUAN ;) ... 

So, kepada yang masih mencari hantaran unik utk majlis pertunangan atau perkahwinan anda, boleh lah tempah set Hantaran Bakul Pastry & Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ni ye... Set ini boleh dipos ke seluruh Malaysia termasuk Brunei & Singapore juga. Kami menggunakan khidmat kurier servis Gdex. Hubungi saya di talian 012-271 7622 (WhatsApp/Telegram/SMS) untuk sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan. 

Bagi pelanggan di sekitar Kelana Jaya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Kuala Lumpur (Lembah Kelang) yg berdekatan, anda boleh ambil sendiri di premis saya di Kelana Jaya... oh ya, saya tak buat sebarang penghantaran/ COD ye .. ;) 

Sehingga bertemu lagi di lain 'entry' .. Wassalam 

#YuMmYlicious
#BakulPastry
#TartNenasBentukBuahBuahan
#HantaranTunangKahwin


Tuesday, August 11, 2015

Hantaran Set Sugar Box / Pastillage dengan 16 pcs Coklat Bride & Groom ( Heart Shape )






Dah lama nak update entry tentang Sugar Box atau nama lainnya adalah Pastillage, dek kekangan masa, makanya tertangguh-tangguh je. Dah banyak sangat koleksi Sugar Box ni dalam simpanan. Nanti saya update satu persatu tempahan-tempahan yang telah diterima dari pelanggan-pelanggan kami ni...

Sugar Box ni berbentuk hati (love shape) .... di dalamnya diisi dengan 16 pcs homemade chocolate berbentuk Bride & Groom. Dalam coklat tu kami letakkan filling biskut oreo.

Terdapat berbagai design & warna sebenarnya. Semuanya kami buat mengikut permintaan pelanggan yang inginkan ianya 'matching' dengan tema warna  majlis yang bakal diraikan...

Inilah antara proses pembuatan Sugar Box / Pastillage ni... Bagi yang  tidak tau, adunan utk membuat doh pastillage lebih kurang sama je dengan adunan fondant.. Selain dari gula aising sebagai bahan utamanya, gelatin juga adalah salah satu dari bahan-bahannya.....cuma, untuk menjadikan doh/bentuk yang kita inginkan itu menjadi keras untuk menghasilkan kotak , satu lagi bahan yg diperlukan adalah CMC.. 


Haaa ini lah adunan Pastillage /Sugar Box tu... sama je kan macam adunan fondant, cuma dalam fondant kita tak letak serbuk CMC tu ... kalau saya mengadun pastillage / sugar box ni, saya just gunakan heavy duty mixer je.... senang. Nak buat adunan untuk 3-4 set pun tak ada masalah, tapi kalau gunakan manual (guna tangan) untuk buat 1 adunan pun dah lenguh lengan dibuatnya .. hehehe





Ini adalah antara proses membuat Sugar Box ni. Haaa tengok tu, tali tape tukang jahit pun ada hehe... bukan tukang jahit je yg gunakan measuring tape tu, saya sebagai baker ni pun gunakan jugak.... tak der lah, nak dapatkan ukuran yg tepat, so nak senang gunakan je measuring tape tu, lebih fleksibel berbanding pembaris sebab nanti nak ambik ukuran lilit acuan yang nak digunakan untuk membentuk kotak tu mudah... 

Ok lah, saya tak nak berceloteh panjang-panjang sangat, cuma nak terangkan lah sikit macam mana proses nak membuat Sugar Box ni. So kalau anda berminat nak buat tempahan untuk hantaran pertunangan / perkahwinan anda, boleh lah hubungi kami.

Untuk pengetahuan semua, Sugar Box ni boleh dipos. Kami menggunakan khidmat kurier service Gdex. Jadi, untuk anda yang berada di luar kawasan Petaling Jaya, Kelana Jaya & Lembah Kelang, masih boleh order untuk majlis bersejarah anda

Hubungi kami ye di talian 012-271 7622 (WhatsApp/Telegram/SMS) . Kalau nak tengok lebih banyak lagi contoh-contoh Sugar Box lain-lain design mahupun warna, anda boleh lah melihatnya di FB Page kami DI SINI .

#YuMmYlicious
#SugarBox
#Pastillage

#YouAreYourOwnAmbassador ;) 

Monday, August 10, 2015

Tempahan Hantaran & Doorgift

Alhamdulillah... Syawal sudah menghampiri ke penghujungnya. Sejak masuk minggu pertama Syawal lagi, saya sudah mula sibuk dengan tempahan-tempahan hantaran & doorgift untuk majlis perkahwinan dan pertunangan pula. Selain dari itu, tempahan kek & manisan untuk sambutan majlis rumah terbuka juga tidak kurang hebatnya.. Alhamdulillah, rezeki yang tidak putus-putus dari ALLAH SWT ..

Buat pengetahuan semua, kami di YuMmYlicious sudah bersedia untuk menerima tempahan daripada anda semua. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pergi kepada FB Page kami atau lihat contoh-contoh produk di Instagram kami KLIK DI SINI 

Seperti biasa, 'killer product' kami yang tetap hangat & meletop seperti dulu adalah Tart Nanas (Tart Nenas) Bentuk Buah-Buahan, Set Hantaran Bakul Pastry dan tak lupa Sugar Box / Pastillage yang semakin  menjadi permintaan hangat daripada pelanggan-pelanggan kami. Namun begitu, kami masih juga menerima tempahan hantaran & doorgift homemade chocolate dari pelanggan-pelanggan setia kami.

Hubungi kami untuk membuat tempahan. Soon, kami akan mula menerima tempahan kek perkahwinan fondant mahupun buttercream dengan lebih giat lagi... hubungi kami ye, boleh kita bincang-bincang mengenai bajet yang anda perlukan. Insha ALLAH kami akan sedia membantu apa yang perlu ... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 Reserved to YMY Chocolicious and Crafts
Design by Ccicute Design