Sunday, September 27, 2015

KELAS BULAN OKTOBER 2015


[ KELAS PUDING HANTARAN ]


Tarikh : 3hb Oktober, 2015 ( Sabtu )
Masa : 10 pagi
Lokasi : Kelana Jaya, PJ ( berhampiran Kompleks Tabung Haji / Paradigm Mall )
Yuran : RM220 ( termasuk acuan utk bunga )
Deposit : RM100 ( Baki bayar masa kelas )
Cara Daftar : WhatsApp/ Telegram / SMS ke talian 012-271 7622 utk reserve seat. Terhad kepada 4-5 peserta utk setiap sesi.


> > Peserta akan membuat SEBIJI puding secara hands-on beserta dekorasi dan hasilnya akan dibawa pulang.....
================================================


[ KELAS BAKUL PASTRY & TART NENAS BENTUK BUAH2AN ]

Tarikh : 4hb Oktober, 2015 ( Ahad )
Masa : 9.30 pagi
Lokasi : Kelana Jaya, PJ ( berhampiran Kompleks Tabung Haji / Paradigm Mall )
Yuran : RM350 ( Kelas bakul & tart )
RM200 ( Kelas Tart Buah shj )
Deposit : RM100 ( baki bayar masa kelas )
Cara Daftar : WhatsApp/Telegram/SMS ke talian 012-271 7622 utk reserve seat. Terhad kpd 4 peserta setiap sesi.

> >  Peserta akan membuat sebiji bakul pastry/35 biji tart nenas bentuk buah-buahan secara hands-on dan hasilnya akan dibawa pulang.....
================================================




[ KELAS SUGAR BOX ]


Tarikh : 10 Oktober, 2015 ( Sabtu )
Masa : 9.30 pagi
Lokasi : Kelana Jaya, PJ ( Berhampiran Kompleks Tabung Haji / Paradigm Mall )
Yuran : RM350 ( FREE 1 cutter/acuan bunga )
Deposit : RM100 ( baki bayar masa kelas )
Cara Daftar : WhatsApp/ Telegram/ SMS ke talian 012-271 7622 utk reserve seat. Terhad kepada 5 peserta utk setiap sesi...


> > Peserta akan membuat SEBIJI sugar box saiz BESAR & 2 BIJI sugar box saiz mini. Peserta juga akan ditunjukkan cara2 membuat 3-4 jenis bunga gumpaste (simple) utk hiasan. Semua hasil akan dibawa pulang oleh peserta...
================================================

 

[ KELAS PREMIUM DROP COOKIES - 7 JENIS ]

Tarikh : 17 Oktober, 2015 ( Sabtu )
Masa : 10 pagi
Lokasi : Kelana Jaya, PJ ( Berhampiran Kompleks Tabung Haji/ Paradigm Mall )
Yuran : RM250
Deposit : RM100
Cara Daftar : WhatsApp/ Telegram/ SMS ke talian 012-271 7622 utk reserve seat.


> > Kelas akan dijalankan secara group hands-on. Resepi-resepi; Rich Choco Chips, Almond Dark Choco, Peanut Butter Cookies, Treasure Hunt Cookies, Pistachio Delight, Red Velvet, Cranberry Walnut.

================================================





[ KELAS KEK PART I ]


Tarikh : 18 Oktober, 2015 ( Ahad )
Masa : 9.30 pagi
Lokasi : Kelana Jaya, PJ ( berhampiran Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall )
Yuran : RM300
Deposit : RM100 ( baki bayar masa kelas )
Cara Daftar : WhatsApp/Telegram/ SMS ke talian 012-271 7622 utk reserve seat.


> > Kelas akan dijalankan secara semi hands-on. Sesuai utk beginner, selain resepi kek, juga akan diberikan resepi Lemon Curd, Karamel Gula Melaka, Strawberry Compote, Swiss Meringue Buttercream, Nutella Choc Ganache serta cara-cara membuatnya ( demo).

Set Hantaran Pastillage / Sugar Box




Musim orang kahwin kembali lagi.. kejap je masa berlalu kan. Dah menghampiri ke penghujung tahun lagi kita ni. Beberapa hari lagi dah nak masuk ke bulan Oktober. Maknanya makin banyak lah org buat kenduri kahwin sepanjang November & December nanti.

Segala persiapan utk majlis perkahwinan anda dah siap ke? Hantaran2 gojes utk di letakkan di atas dulang-dulang pahar tu dah lengkap semuanya? 

Kalau masih ada lagi yang belum lengkap, apa kata tengok-tengok produk kami yang kebabom ni.... Produk hantaran kami yang ini adalah salah satu killer produk kami sekarang ni. Cer scroll ke bawah, banyak contoh2 set-set hantaran gojes ni saya lampirkan di entry kali ini. Semuanya bagi memudahkan anda utk melihat contoh-contoh sedia ada tanpa perlu membuka banyak sangat link kat blog ni ...

Oh ya... dah membebel panjang-panjang, lupa pulak nak bagitau nama set hantaran ni.... Nama set hantaran ni Sugar Box.... or kalau nama panggilan di negara-negara Barat, ianya dikenali sebagai Pastillage. Pastillage Box...



Pastillage Box / Sugar Box with 16pcs Chocolate Oreo Bride & Groom


Pastillage Box / Sugar Box with 50 pcs Tart Nenas Bentuk Buah-buahan

Pastillage Box / Sugar Box with 16pcs Chocolate Oreo Bride & Groom

Haaaa nampak dah kan beberapa contoh Sugar Box / Pastillage Box tu . Macam mana, cantik tak.. lain dari yang lain kan.... Sugar Box / Pastillage Box ni boleh diisi dengan apa-apa manisan yang sesuai. Sebagai contoh utk produk-produk kami ni, kami lengkapkan dengan isian Tart Nenas Bentuk Buah-buahan atau Coklat Oreo Bride & Groom. Anda boleh pilih yang mana berkenan antara dua tu... 

Jom jamu mata lagi dengan contoh-contoh yang lain pulak....

Pastillage Box / Sugar Box with 16pcs Chocolate Oreo Bride & Groom

Pastillage Box / Sugar Box with 50 pcs Tart Nenas Bentuk Buah-buahan

Pastillage Box / Sugar Box with 50 pcs Tart Nenas Bentuk Buah-buahan

Pastillage Box / Sugar Box with 16pcs Chocolate Oreo Bride & Groom

Oh ya, mesti ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya Sugar Box / Pastillage Box ni kan... rasa macam confused lagi ye... Ok... Pastillage / Sugar Box ni sebenarnya dibuat dari 90% adunan gula beserta bahan-bahan lain. Nama pun dah SUGAR BOX kan sah-sah lah diperbuat daripada gula. Adunan pastillage / sugar box ni lebih kurang sama je mcm kita nak membuat adunan fondant tu. Cuma ada sejenis bahan yang kita letak dipanggil CMC utk menjadikan adunan gula tu tadi mengeras seterusnya ianya akan kukuh bila dibentuk menjadi seperti kotak.

Pernah dengar gumpaste tak? Haaa pastillage ni lebih kurang jugak lah macam gumpaste tu, cuma tekstur pastillage ni lagi cepat mengeras berbanding dengan gumpaste tu. Bermakna, selepas kita adun bancuhan pastillage ni, ianya tidak boleh didedahkan pada suhu terbuka... sepanjang masa haruslah disimpan di dalam bekas kedap udara ataupun ditutup dengan kain lembap ketika kita sedang membentuk adunan ini menjadi bentuk-bentuk yang kita ingini... 

Jom tengok sikit lagi contoh-contoh yang ada. Contoh-contoh yang saya lampirkan di sini adalah tempahan dari pelanggan-pelanggan kami sebelum ni.... 

Pastillage Box / Sugar Box with 50 pcs Tart Nenas Bentuk Buah-buahan

Pastillage Box / Sugar Box with 50 pcs Tart Nenas Bentuk Buah-buahan

Pastillage Box / Sugar Box with 16pcs Chocolate Oreo Bride & Groom

Pastillage Box / Sugar Box with 50 pcs Tart Nenas Bentuk Buah-buahan

Pastillage Box / Sugar Box with 16pcs Chocolate Oreo Bride & Groom

Pastillage Box / Sugar Box with 50 pcs Tart Nenas Bentuk Buah-buahan

Pastillage Box / Sugar Box with 50 pcs Tart Nenas Bentuk Buah-buahan

Pastillage Box / Sugar Box with 50 pcs Tart Nenas Bentuk Buah-buahan

So far macam mana... ok tak. Dah ada ke yang berkenan di hati tu.. hehehe.... Oh ya, Pastillage Box / Sugar Box ni pun boleh dibuat penutup. Macam contoh kat bawah ni... ada beberapa contoh yang saya lampirkan di sini mempunyai penutup. Tapi kebanyakkan pelanggan-pelanggan kami buat tempahan tanpa penutup sebab mungkin nak bagi nampak isi yang di masukkan ke dalamnya tanpa perlu membuka/menutupnya beberapa kali kan... Sebab Pastillage Box / Sugar Box ni nanti akan diletakkan di dalam kotak transparent, so klu tanpa penutup blh nampak lah isinya kan ...tu sebab agaknya ramai yang tempah tanpa penutup. Mungkin juga faktor harga memainkan peranannya jugak hehehe.. sebab harga yang berpenutup ni mahal sikit ;) 





Contoh Pastillage Box / Sugar Box berpenutup ni tak banyak sangat sebab memang tak ramai yang tempah. Ramai yang suka tanpa penutup .... Ok, kat bawah ni ada lagi beberapa contoh Pastillage Box / Sugar Box . Tapi kosong, tanpa isi apa-apa... Kalau suka yang macam ni pun boleh.. tempah yang kosong sahaja & anda semua boleh isi dengan apa-apa jua jenis manisan ke dalamnya. Tapi kena manisan yang kering, tak boleh jenis yang basah... sebab kalau Pastillage Box / Sugar Box ni terkena air, ianya akan lembik semula & teksturnya menjadi tidak stabil seterusnya roboh.... 








Itulah beberapa contoh Pastillage Box / Sugar Box yang sempat saya lampirkan di sini utk entry kali ini. Macam mana... ok tak? Suka tak kalau ianya menjadi salah satu daripada set dulang hantaran anda. Pastillage Box / Sugar Box ni bukan sahaja sesuai untuk majlis perkahwinan, utk majlis pertunangan pun boleh... malah kalau nak dijadikan hadiah pun sesuai juga .. 

Yang bestnya lagi, Set Hantaran Pastillage Box / Sugar Box ni boleh dipos. Dah banyak dah kami pos ke serata pelusuk tanahair hehehe.. Alhamdulillah, jangan risau ye... ianya Insha ALLAH akan sampai ke tangan anda dengan baik & selamat kerana kami menggunakan packaging khas utk membalutnya bagi mengelakkannya daripada rosak atau pecah. 

Ok lah.. itu lah serba sedikit penerangan tentang produk meletop kami ketika ini, Pastillage Box / Sugar Box ... jika ada lagi sebarang pertanyaan boleh lah hubungi kami ye... Untuk sebarang pertanyaan lanjut & tempahan, ini talian hotline kami ;) ... 012-271 7622  boleh SMS, WhatsApp, Telegram ...

Bagi anda yang ada Instagram, juga boleh follow kami di @ymychocolicious_crafts ...

Sehingga bertemu lagi di lain entry.... terima kasih semua kerana sudi membaca sehingga habis :) 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 Reserved to YMY Chocolicious and Crafts
Design by Ccicute Design