Sunday, November 2, 2014

Cinta Strawberry Abadi & Kek Tema FROZEN

Si Cilik Cinta Strawberry Abadi.. anak kepada jutawan internet terkenal Sifu Irfan Khairi






Surprise from my Master Sifu, memperkenalkan keluarga beliau semasa menghantar kek ini di office beliau di Mutiara Damansara. Gambar isteri beliau tak upload atas dasar menghormati 'privasi' . 



Demam FROZEN menjadi-jadi betul ye.. sehinggakan wall/news feed FB & Instagram dipenuhi gambar2 kek bertemakan FROZEN. Cantik..  kerana saya sukakan warna biru ;) , lembut je... damai & tenang bila melihat warna biru. 

Entry kali ini saya nak bercerita keterujaan saya membuat kek bertemakan FROZEN. Alkisahnya, anak kepada my sifu, jutawan internet terkenal Irfan Khairi, minat sgt2 dengan FROZEN. Anak bongsu beliau Cinta Strawberry Abadi (unik kan nama anak kecil ini ;) )  peminat tegar FROZEN.. segala2nya FROZEN sehingga ke sandal pun gambar FROZEN.. kiut jek si comel ni.. 

Saya buat surprise dengan menghadiahkan si cilik comel ini dengan membuat Moist Chocolate Cake dengan fresh cream frosting dan deco tema FROZEN. Saya enjoy buat kek ni, sebab sukakan warnanya & toys yg comel2 tu. Berat kek ini dlm 2.5kg.. saya layerkan dengan chocolate ganache & frosting sepenuhnya dgn fresh cream...

Melalui feedback yg saya dapat dari my sifu Irfan Khairi, Cinta suka sgt2 kek ni lebih-lebih lagi dgn Olaf tu... picture 1 di mana Cinta memegang Olaf diambil oleh Sifu IK dan beliau memberikan picture itu kepada saya melalui Inbox FB.. TQ IK for the compliment... terharu sgt2... dan picture tersebut kata beliau diambil ketika mereka sekeluarga pergi ke Ikano selepas saya pulang dari menghantar kek tersebut.

OK.... saya sebenarnya tak pandai sangat nak menulis ni.. tapi kena belajar jugak menulis sebab ajaran sifu IK berblogging itu penting utk menjana income online ;) jadi pada sesiapa yang berminat utk membuat tempahan kek seperti ini boleh lah hubungi kami. Tak semestinya tema FROZEN, tema apa2 pun blh, utk majlis apa jua pun blh... Hubungi saja kami di talian 012-271 7622 (Call, SMS/WhatsApp/Telegram) atau email pun boleh jugak di ymyonlinegallery@gmail.com . Oh ya, lokasi kami di Kelana Jaya, Petaling Jaya.. berdekatan dengan Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall.

Kami tak buat delivery ye, anda kena pick up sendiri ;) 

Saturday, November 1, 2014

PULUT KUNING BERHIAS-UNTUK HANTARAN / MAJLIS POTONG PULUT




Pulut Kuning. Satu nama yang tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu. Makanan tradisi yang disajikan di majlis2 keraian seperti kenduri kendara dan sebagainya. Pulut kuning berhias, satu lagi produk yang kami hasilkan khas buat anda pelanggan-pelanggan YMY Chocolicious & Crafts. 

Pulut Kuning yang dilapisi dengan serunding ( pilihan ayam atau daging ) ini dihiasi dengan ukiran sayur-sayuran, telur puyuh & telur ayam. Bagi menaikkan seri dan agar pulut kuning berhias ini tidak menampakkan sangat design retronya, kami telah 'memodenkan' hiasannya dengan penambahan buah strawberry sebagai penyeri kepada hiasan pulut kuning ini.

Terdapat beberapa 'design' pada pulut kuning berhias kami ini. Ianya terdiri daripada bentuk bulat, petal & 4 segi. Kami datangkan dalam variasi setingkat ( yg sesuai dijadikan hantaran ) , 2 tingkat & 3 tingkat. Untuk pulut kuning yang bertingkat ini sesuai untuk majlis potong pulut kuning bagi menggantikan tradisi memotong kek di majlis-majlis perkahwinan.

Harga yang kami tawarkan utk pulut kuning berhias ini adalah seperti berikut:

Setingkat  (bentuk bulat/petal ) : RM120
Setingkat (bentuk 4 segi) :         RM150

2 tingkat (bentuk bulat/petal ; 4.5 kg ) : RM340
2 tingkat ( bentuk 4 segi 5kg ) : RM390

3 tingkat  (bentuk bulat/petal ; 6kg ) : RM440
2 tingkat ( bentuk 4 segi 6.5kg ) : RM490

Pulut dalam cup : RM4.50/cup


Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran/memasang untuk pulut kuning bertingkat tetapi terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja di sekitar Lembah Kelang. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran utk Pulut Kuning hantaran (setingkat), anda boleh mengambilnya sendiri di tempat kami di Kelana Jaya, PJ (berdekatan Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall) .


Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pulut kuning berhias ini, anda boleh lah menghubungi kami di talian 012-271 7622 (Call, SMS/WhatsApp/Telegram) atau melalui email ymyonlinegallery@gmail.com








KELAS SEPANJANG NOVEMBER, 2014



KELAS PUDING HANTARAN
 (Kami juga menerima tempahan untuk puding ini)

Tarikh: 8 November , 2014 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi hingga selesai
Lokasi : Kelana Jaya, PJ (berdekatan Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall)
Yuran : RM200 (termasuk acuan utk bunga)- Deposit RM100
Call/SMS/WhatsApp/Telegram ke talian 012-271 7622 untuk 'booking seat' anda.


** Peserta akan membuat sebiji puding beserta hiasan. Segala hasil yg dibuat dlm kelas akan dibawa pulang oleh peserta. Ruang solat & makan tengahari akan disediakan...


******************************************************


[ KELAS TART NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN ]
 (Kami juga menerima tempahan hantaran/doorgift utk produk ini)

Tarikh : 9, 22 & 29hb November, 2014 (pilih satu tarikh)
Masa : 2.00 ptg hingga selesai
Yuran : RM180 (Deposit RM80)
Lokasi : Kelana Jaya, PJ (Berdekatan dgn Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall).

PM Inbox, Call,SMS/WhatsApp/Telegram ke talian 012-271 7622 utk mendaftar.

Pelajari teknik membancuh doh & membentuk 7 jenis buah2an secara 'fully hands-on' . Peserta akan membuat & membawa pulang sekotak (35 pcs) tart bentuk buah2an yg dihasilkan di dlm kelas.


Tuesday, September 2, 2014

KELAS SEPTEMBER 2014


KELAS PUDING HANTARAN

TARIKH:  14 September, 2014 ( Ahad )
MASA : 9.30 pagi hingga selesai
LOKASI: Kelana Jaya, PJ (berdekatan Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall)
Yuran: RM200 (termasuk acuan utk bunga); minimum deposit RM100

Pelajari teknik2 mudah melapis agar-agar/puding agar lapisan tidak tertanggal bila dipotong dan cara yg mudah untuk membentuk bunga2 sebagai hiasan pada puding. Kelas HANDS-ON & hasil nya (sebiji puding berhias)  akan dibawa pulang oleh peserta. Call/SMS/WhatsApp/Telegram ke talian 012-271 7622 untuk ‘reserve seat’ anda





KELAS PULUT KUNING BERHIAS

TARIKH:  21 September, 2014 ( Ahad )
MASA : 10 pagi hingga selesai
LOKASI: Kelana Jaya, PJ (berdekatan Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall)
Yuran: RM300 (termasuk pisau ukir); minimum deposit RM100

Pelajari teknik2 mudah mengukir sayur-sayuran untuk menghias pulut & teknik mengukus pulut agar pulut wangi & tahan lama. Kelas HANDS-ON & hasil nya (sebiji pulut berhias)  akan dibawa pulang oleh peserta. Call/SMS/WhatsApp/Telegram ke talian 012-271 7622 untuk ‘reserve seat’ anda 






KELAS BAKUL PASTRY & TART NENAS BENTUK BUAH2AN (KELAS COMBO ATAU SINGLE MODULE)

TARIKH:  27 September, 2014 ( Sabtu )
MASA : 9.30 pagi hingga selesai (Kelas Bakul Pastry)
              2.00 ptg hingga selesai (Kelas Tart Nenas Bentuk Buah-buahan)
LOKASI: Kelana Jaya, PJ (berdekatan Kompleks Tabung Haji/Paradigm Mall)
Yuran: RM350 (Kelas Combo; Bakul Pastry & Tart Buah2an); termasuk acuan bakul
            RM250 (Kelas Bakul Pastry shj; termasuk acuan bakul)
            RM180 (Kelas Tart Nenas Bentuk  buah2an shj)
** Minimum deposit RM100 untuk ‘reserve seat’ anda.


Pelajari teknik2 mudah membuat bakul pastry & membentuk tart nenas menjadi  7 jenis buah2an. Kelas HANDS-ON & hasil nya akan dibawa pulang oleh peserta. Call/SMS/WhatsApp/Telegram ke talian 012-271 7622 untuk ‘reserve seat’ anda

Tuesday, August 5, 2014

Sugar Box






Design Sugar Box kali ini bulat & berpenutup . Sugar Box kali ini diisi dengan 16 biji coklat Oreo Bride & Groom. Tema kombinasi pink & biru dengan 'main body' bewarna putih. Walaupun Sugar Box ini telah wujud di pasaran sejak lama dulu, tapi kini ia kembali menjadi trend yg amat sesuai untuk dijadikan hantaran pertunangan & perkahwinan. Harga Sugar Box ini bergantung kepada design & isi kandungan nya... Harga bermula dari serendah RM120 untuk 1 set.. Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut .... 

Hantaran Coklat Taj Mahal






Coklat Hantaran Masjid / Taj Mahal

Coklat hantaran masjid/taj mahal ini diperbuat dari campuran coklat susu & coklat putih . Coklat solid dengan isian badam ini sesuai untuk dijadikan hantaran pertunangan & perkahwinan. Ia dilengkapi dengan 20 biji coklat praline isian badam yang disusun sekeliling kubah & tapak coklat masjid/taj mahal tersebut. Coklat Taj Mahal/Masjid ini telah ditempah oleh Masdiana dari Kuala Terengganu.. Terima kasih !! 

KEK HANTARAN - BUTTERCREAM DECO



Kek Hantaran Buttercake -Buttercream deco

Kek hantaran pertunangan ini dihasilkan berdasarkan contoh dekorasi yg telah diberikan oleh customer. Kek mentega dihiasi dengan buttercream. Berat anggaran 1.5kg, saiz loyang 7 inci. Kepada anda yg berminat untuk membuat tempahan, boleh lah hubungi kami di talian 012-271 7622 (Call/SMS/WhatsApp)

Tuesday, June 3, 2014

ANTARA DESIGN-DESIGN SUGAR BOX KAMI ..











Buah tangan terbaru dari kami, Pastillage Box atau juga dikenali sebagai SUGAR BOX. Satu seni kraf yang diperbuat daripada adunan 90% gula, dibentuk menjadi kotak yg unik & amat sesuai untuk dijadikan hantaran untuk majlis pertunangan / perkahwinan anda... untuk melihat lebih banyak lagi 'design-design' Sugar Box ini, anda boleh melihat di dalam Album di FB Page kami .....   www.facebook.com/YMYChocoliciousCrafts1298

** Kami mengadakan kelas kepada yang berminat... klik PROMOTION untuk info kelas terkini...


PRODUK TERBARU KAMI ... SUGAR BOX !!!!


Buah tangan terbaru dari kami, Pastillage Box atau juga dikenali sebagai SUGAR BOX. Satu seni kraf yang diperbuat daripada adunan 90% gula, dibentuk menjadi kotak yg unik & amat sesuai untuk dijadikan hantaran untuk majlis pertunangan / perkahwinan anda... untuk melihat lebih banyak lagi 'design-design' Sugar Box ini, anda boleh melihat di dalam Album di FB Page kami .....   www.facebook.com/YMYChocoliciousCrafts1298

** Kami mengadakan kelas kepada yang berminat... klik PROMOTION untuk info kelas terkini...

Saturday, November 9, 2013

Pillow Chocolate Box-Saiz M





Set hantaran Pillow Chocolate Box-Saiz M. Salah satu design yang kami ada khas untuk anda jadikan set hantaran. Set ini juga sesuai dijadikan hadiah buat yang tersayang. 

COOKIES DOORGIFT-PEK EKONOMI


Selain daripada produk yang berasaskan coklat, kini kami juga mengeluarkan produk bakery seperti cookies & kek. Posting ini adalah tempahan cookies in a candy bag, sesuai untuk anda yang memerlukan pakej doorgift untuk bajet minima. Pilihan cookies terdiri daripada Chocolate Chip, Double Chocolate Chips, Butterscoatch Cookies, Almond Butterscoatch Cookies, Red Velvet Cookies dll .... 

SET HANTARAN/HADIAH-35 PCS PRALINE





Set hantaran coklat - 35 cavity praline dengan tema warna Turqoise & Putih.... selain untuk hantaran, set ini juga sesuai untuk dijadikan hadiah. Anda boleh request untuk meletakkan ayat yang pendek tapi menarik sesuai dengan saiz set ini....


SET HANTARAN-35 CAVITY PRALINE





Set hantaran coklat - 35 cavity praline dengan tema warna Hitam & Merah.... selain untuk hantaran, set ini juga sesuai untuk dijadikan hadiah. Anda boleh request untuk meletakkan ayat yang pendek tapi menarik sesuai dengan saiz set ini....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 Reserved to YMY Chocolicious and Crafts
Design by Ccicute Design