Alhamdulillah.. rezeki Ramadhan datang dlm pelbagai cara... selain melimpah ruah dgn tempahan cookies/hamper hingga tidak menang tangan, bulan Ramadhan ini juga bulan rezeki buat kami di YMY Chocolicious & Crafts (Handmade Chocolate & Bakery) kerana mendapat liputan media dari TV Al-Hijrah selain Harian Metro....saksikan jam 7 mlm ini (28 June, 2015) Kasih Ramadhan Episod 2 yang rakamannya telah dilakukan di Wad Kanser Kanak-Kanak, PPUM sebelum Ramadhan yg lalu.... Manakala, shooting yg dilakukan di rumah pada Selasa lepas utk Episod 4 pula, akan disiarkan pada 12 Julai, 2015 akan datang.... sambil2 menunggu buka puasa tu, jom saksikan Episod 2 yang agak menghibakan hati ini.. semoga memberi keinsafan kepada kita yg dikurniakan ALLAH SWT dengan anak2 yg sihat....
Sunday, June 28, 2015
Weekly Promo : KASIH RAMADAN (Eps 2) - PERMATA HARAPAN MAMA
Alhamdulillah.. rezeki Ramadhan datang dlm pelbagai cara... selain melimpah ruah dgn tempahan cookies/hamper hingga tidak menang tangan, bulan Ramadhan ini juga bulan rezeki buat kami di YMY Chocolicious & Crafts (Handmade Chocolate & Bakery) kerana mendapat liputan media dari TV Al-Hijrah selain Harian Metro....saksikan jam 7 mlm ini (28 June, 2015) Kasih Ramadhan Episod 2 yang rakamannya telah dilakukan di Wad Kanser Kanak-Kanak, PPUM sebelum Ramadhan yg lalu.... Manakala, shooting yg dilakukan di rumah pada Selasa lepas utk Episod 4 pula, akan disiarkan pada 12 Julai, 2015 akan datang.... sambil2 menunggu buka puasa tu, jom saksikan Episod 2 yang agak menghibakan hati ini.. semoga memberi keinsafan kepada kita yg dikurniakan ALLAH SWT dengan anak2 yg sihat....
Wednesday, June 24, 2015
Resepi Cheezy Tart / Tart Nanas Berkeju
Alhamdulillah, buat kesekian kalinya kami diberi peluang utk muncul dlm Harian Metro berkongsi resepi dengan pembaca-pembaca sekalian.. Bagi yang terlepas peluang utk memiliki Harian Metro hari ini (24 June, 2015), saya berikan resepi penuhnya di sini.
Resepi Cheezy Tart atau Tart Nanas Berkeju ini amat mudah utk dibuat & sedap sangat2 dgn rasa lemak keju & kerangupan keju cheddar yg ditaburkan diatasnya... Ini resepinya ya, selamat mencuba.. sila lah share dengan rakan2 anda yang lain
1 Cheezy Tart Nanas
125 gram mentega
25 gram minyak sapi
25 gram parmesan cheese
20 gram gula aising
30 gram susu tepung
20 gram tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
210 gram tepung gandum
Jem nanas secukupnya
Cheddar Cheese parut utk hiasan
- Satukan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali tepung gaul rata (tak perlu kembang)
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tangan
- Bulat-bulatkan doh anggaran 10 gram, isikan jem nenas (anggaran 5 gram) & masukkan ke dalam papercup
- Taburkan cheddar cheese yg telah diparut ke atas doh yg telah siap dibulat2kan
- Bakar pada suhu 170-180 darjah celcius (ikut suhu oven masing-masing) selama 15 minit
Tips : Suhu oven & masa pembakaran bergantung kepada oven masing-masing ye
Selamat Mencuba !!!!
Labels:
Media Promo,
Resepi
TEMPAHAN COOKIES RAYA
Amat-amat sibuk utk meng'update' blog... tak sempat nak post update baru. Kalau berminat nak tempah biskut2/kek2 hari raya boleh terus tengok our FB Page YMY Chocolicious & Crafts or my personal FB Yusnisah Mohd Yusar